Repost 2 ^^
Ya Allah dimanakah mood untuk study FINANCE ni..
Ya Allah dimanakah mood untuk study FINANCE ni..
Exam 2 weeks lagi...=(
Maaf buku-buku FINANCE saya terpaksa ketepikan kalian buat sementara.Mungkin tunggu balik shah alam dulu kot..mungkin...huhu
Beralih membelek buku-buku kesayanganku..
1)Aku terima nikahnya---->best
2)bercinta sampai ke syurga----->Rugi besar kalo x baca =P
3)langit illahi--->menyucikan hati
4)Fanzuru---->mendidik hati
Buku -buku lain macam dah banyak kali je khatam.Tapi Fanzuru karangan Hilal Asyraf ni macam belum lagi.Terima buat sahabatku Nur Ain Airil yang menghadiahkan buku ini sewaktu hari lahir ke-21..time ni still young lagi.hoho
Hati tertarik dengan satu tajuk dalam buku Fanzuru ini.Teruslah Mengulang Taubat,
"Ustaz,ana nak tanya satu soalan berkenaan manusia yang berbuat dosa.Bagaimana agaknya kalau kita ini,buat dosa,kemudian bertaubat,kemudian,kita sudah berusaha untuk jauhi dosa kita,tapi kita berbuat semula.Kita tahu benda itu salah,kita sudah cuba jauhi,tapi kita tetap tersungkur lagi.Sampai kadang-kadang kita rasa hendak putus asa.Bagaimana ustaz?"
Soalan seperti aku juga ingin menanyakan hal yang sama.
Dengan tenang mudir menjawab
"Sebenarnya,apabila kita ada rasa yang dosa kita itu satu dosa,maka itu sudah merupakan satu perkara yang poditif.Jadi,teruslah menjauhinya,da teruslah mengulang taubat kepada Allah.Jangan putus asa.Keadaan itu juga merupakan satu ujian sebenarnya".
Untuk bertaubat ,tidak cukup sekadar istighfar,kemudian kita solat taubat,dan keesokannya ulang balik kesalahan kita.Bukan.Taubat dalam erti kata sebenar adalah menjauhkan diri kita daripada punca dosa kita itu.It barulah dinamakan usaha untuk bertaubat.
Usaha,sambil berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam hal ini.
Taubat itu bermula dengan hati kita sendiri.Kita cuba mengelak rasa hendak buat dosa tu dengan rasa benci terhadap dosa itu.Dan kita cari jalan untuk menjauhinya.Diiringi solat taubat,istighfar dan mendekatkan diri pada Allah
terpana seketika dengan ayat ini..
kenapa mahu putus asa dengan rahmat Allah?
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya hanya kaum yang kafir sahaja yang berputus asa dari rahmat Allah". (Yusuf 12:87)
Peringatan juga untuk diri yang sering leka dan lalai ini.Jom sahabat-sahabat kita berusaha menyucikan diri dari dosa-dosa.Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah.
Ina_abdullah89
2 comments:
baru lepas give up.. huhuhu
@afraa
Afraa don't give up..insyallah Allah is always be with us^^
Post a Comment